Tudung perincian renda

SELAIN pakaian yang menarik ketika keluar bekerja, golongan wanita turut memastikan mencari tudung-tudung rekaan terbaharu. Tudung yang dicari sudah semestinya yang lebih cantik daripada tudung yang dipakai pada hari-hari lain.
Selain pakaian, Fana Couture turut menyediakan pelbagai rekaan tudung. Setiap rekaan diberikan nama yang menarik. Contohnya, tudung Larissa, Chenta, Melda, Nylea dan Masmona.
Tudung-tudung yang dibuat ini dalam bentuk tudung sarung dan selendang panjang dan separa bulat.
Menurut perekanya, Mohd. Faizal Mat Nayan, rekaan tudung beliau kali ini banyak menggunakan renda dan mengikuti perkembangan semasa manakala fabrik yang sesuai ialah syifon dan kain kapas.
Larissa tambahnya, merupakan tudung separa bulat yang dihiasi dengan perincian renda yang dijahit pada tepi tudung dan ditambah dengan jahitan manik keemasan bagi menambah gaya glamor.
Chenta yang merupakan selendang panjang menggunakan renda polyester serta labuci di mana renda yang digunakan diimport dari Dubai yang terkenal dengan renda yang berkualiti dan cantik.
“Tudung sarung Melda turut menggunakan renda Dubai dan mendapat paling banyak sambutan. Bahagian hadapan tudung ini dibuat bersilang dengan tiga lapisan dan merupakan signatur tudung keluaran Fana Couture.
“Awning silang ini memberikan ilusi runcing bagi wajah si pemakai dan amat sesuai bagi wanita yang memiliki bentuk muka yang lebar atau tembam. Tudung ini dibuat dengan 15 warna menarik dan boleh diperoleh dengan warna terang serta lembut.
“Semua koleksi tudung raya Fana Couture dijual pada harga RM69 dan saya menyediakan sehingga 2,000 helai yang boleh dibeli di butik atau dalam talian," ujar Mohd. Faizal

SILA KLIK DI SINI

0 Response to "Tudung perincian renda"

Post a Comment