TIPS MEMILIH JENIS KAIN TUDUNG


Nak pilih tudung, perlu tahu juga jenis kain, cara nak pakai ikut jenis kain... Kalau salah pilih kain dan salah pakai, memang tak selesa. Ada beberapa jenis kain/fabrik untuk buat tudung atau selendang. Jom kenali jenis fabrik dan cara nak gayakannya. 

1. Kapas (Bawal)
Apabila melihat selendang jenis ini kembali berada di pasaran, teringat pula zaman persekolahan. Selendang jenis ini mudah digayakan kerana daripada jenis kain kapas dan punyai gred. Ia mudah dibentuk pada wajah dan bersifat sejuk dan terletak kemas saat digayakan. Biasanya ia berbentuk empat segi sama dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya.


2. Sifon
Wah, anda dikatakan seorang yang berani jika memilih untuk memakai selendang daripada jenis kain ini. Ia bersifat licin dan terlalu sensitif. Perlu dijaga rapi. Tetapi untuk memakainya, ada caranya. Pastikan anda gandingkan dengan anak tudung jenis kapas pada bahagian dalam agar selendang ini tidak mudah lucut daripada kepala. Jika rajin, gunakan pin yang lebih untuk kemasan. Selendang jenis ini sangat sesuai untuk majlis-majlis rasmi.



3. Denim
Kain yang menjadi kegilaan sesetengah pemakai hijab. Ia kelihatan agak ranggi, namun masih sopan. Bersifat sejuk dan mudah digayakan.



4. Lycra
Ada satu ketika, kain selendang jenis ini menjadi rebutan ramai. Ia mudah dijaga dan tidak perlu digosok. Penggayaannya pun lebih mudah dan kerana kain selendang jenis inilah terciptanya ikatan tudung tanpa pin ataupun peniti.



5. Satin
Selendang jenis ini juga agak sukar untuk digayakan. Tetapi kelihatan mewah dan feminin. Jika dililit di kepada, akan kelihatan kemas dan terletak. Jadi, jadikan selendang jenis ini salah satu koleksi anda.


6. Kait
Lebih mudah jika memilih untuk menggayakan tudung jenis kait kerana tidak memerlukan penjagaan rapi dan penggayaan lebih ringkas dan bebas. Cuma perlu disertakan dengan inner neck agar tidak menampakkan rambut ataupun tengkuk ketika memakainya


Apa-apa pun terpulang kepada individu... tepuk dada, tanya iman.. pakailah apa sahaja, asalkan tutup aurat dan ikut syariat.. tak guna tudung mahal dan cantik tapi tak boleh tutup aset penting wanita di atas dada tu kan... renungkanlah... selamat beramal.. 

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

1 Response to "TIPS MEMILIH JENIS KAIN TUDUNG"

  1. 1xbet - No 1xbet Casino | Live dealer casino online
    1xbet is a ford fusion titanium reliable casino site that offers a great casino games from the best software providers for งานออนไลน์ the regulated https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ gambling 1xbet login markets. Rating: 8/10 · ‎Review by a Tripadvisor user · ‎Free · ‎Sports wooricasinos.info

    ReplyDelete