FESYEN TUDUNG MENARIK

FESYEN TUDUNG MENARIK

Zaman yang semakin moden, ekonomi semakin maju,petempatan semakin meningkat, serta tidak lupa pada dunia fesyen yang saban hari ada sahaja trend yang terbaru dipasarkan di semua kedai mahupun butik,.Justeru,terdapat pelbagai fesyen-fesyen tudung yang cantik dan menarik diperolehi semua orang tidak kira muda atau tua.


Selain itu, kemunculan ‘tudung segera’ menjadi satu fenomena baru dalam industri tudung di Malaysia. Ia bagai membawa satu nafas baru. Ternyata, inovasi baru dalam rekaan tudung membawa impak besar terhadap fesyen tudung sedia ada.
Disebabkan itu, masyarakat mudah saja menerima dan mengadaptasi inovasi moden ini dalam membentuk imej semasa. 
Sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat menjadi perangsang yang mendorong pengusaha industri tudung untuk berlumba-lumba menghasilkan rekaan unik dan menarik. 

Fenomena tudung segera ini turut menyapa sebahagian besar wanita yang tidak bertudung.

Dengan corak yang pelbagai, kebanyakan wanita yang sebelum ini lebih selesa menayangkan rambut juga mula menjinakkan diri untuk tampil dengan imej bertudung.

Risau juga sejauh manakah keinginan mereka yang bertudung dan adakah kerana menyedari tuntutannya yang wajib dalam Islam atau hanya sekadar tertarik dengan rekaannya yang unik dan menjadi hamba fesyen semata-mata? 

Kini, selepas mengalami beberapa transformasi, timbul pula pelbagai rekaan tudung pelik dan semakin rumit untuk digayakan. 

Kebanyakan tudung yang direka bagaikan tersasar jauh dengan matlamat asal tudung itu sendiri yang bertujuan menutup aurat. 

Masyarakat dikaburi dengan mainan warna serta keunikan rekaannya sehingga mengabaikan etika pemakaian tudung sebenar yang dituntut dalam agama. 

Saban hari, kita semakin bangga memuja kecantikan dunia hingga meninggalkan keindahan agama.
Lihat saja penyanyi terkenal Yuna dan Shila Amzah, masing-masing berjaya menonjolkan identiti diri dengan imej bertudung. Mulalah ramai gadis mengikut gaya itu, mengenakan tudung seperti penyanyi kegemaran mereka.

Rekaan tudung yang dulunya terkenal dengan kesederhanaan dan kesopanan seperti tudung bawal mula digantikan dengan rekaan lebih ranggi dan moden. 


untuk lebih lanjut, anda boleh klik di sini


0 Response to "FESYEN TUDUNG MENARIK"

Post a Comment